Peguam imigrasi Kanada David Cohen, dari Firma Guaman Cohen Immigration Law, telah mewakili ramai individu yang ingin mendapatkan Taraf Penduduk Tetap Kanada sejak 25 tahun yang lalu. Sejajar dengan perkembangan dasar imigrasi Kanada, beliau telah mengekalkan pendekatan memandang ke hadapan dan menawarkan pelanggan-pelanggannya penyelesaian yang membawa pembaharuan bagi proses permohonan imigrasi Kanada. Berbekalkan pengalaman yang luas dalam sistem perundangan Kanada itu, Peguam David Cohen telah menarik ramai pelanggan dari serata dunia berhijrah ke Kanada.
canadavisa.com, kehadiran dalam talian bagi Peguam David Cohen merupakan sumber penting untuk mencari maklumat imigrasi Kanada. Laman web ini boleh dibaca dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis, kerana kami ingin menggalakkan pelawat dan pelanggan kami untuk membiasakan diri mereka dengan sekurang-kurangnya satu daripada bahasa rasmi Kanada bagi mempersiapkan diri mereka untuk tinggal di Kanada.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan-pilihan imigrasi Kanada, dan penyelesaian yang boleh diberikan oleh Peguam David Cohen, kami ingin menjemput anda untuk melayari pautan-pautan di bawah:
Untuk mengetahui jika anda layak mendapatkan Visa Penduduk Tetap Imigrasi Kanada, sila lengkapkan borang penilaian imigrasi Kanada anda. Ia hanya akan mengambil beberapa minit dan kami akan memberikan laporan kelayakan anda dalam masa kurang daripada 24 jam.
Sila hubungi kami melalui telefon atau e-mel pada bila-bila masa untuk berbincang tentang kelayakan anda atau untuk mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan berkenaan imigrasi Kanada.
Peguam David Cohen, dan rakan sekerjanya di Firma Guaman Cohen Immigration Law tidak sabar untuk membantu anda memulakan proses permohonan imigrasi Kanada anda.
Anda boleh menaruh harapan yang tinggi terhadap kehidupan baru anda di Kanada.
Kami menjemput anda untuk melawat laman web kami bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang penyelesaian kerakyatan Kanada. Apabila anda melawat laman web kami, semua isi kandungan tertulis dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Perancis. Selain daripada itu, semua urusan surat-menyurat hendaklah ditulis dalam Bahasa Inggeris atau Perancis juga.
Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan Surat Berita Imigrasi Kanada (isi kandungan dalam Bahasa Inggeris).